Skim Bantuan Dermasiswa IPTA YWP dikhususkan untuk anak- anak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah dan Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam Negara.
Membantu meringankan beban mahasiswa dan keluarga bagi menampung perbelanjaan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi IPTA sepanjang pengajian.
Membantu sebagai galakan dan motivasi kepada pelajar untuk terus bersemangat melanjutkan pelajaran Ke Institusi Pengajian Tinggi IPTA.