Merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan kepada komuniti setempat.
Melalui program ini, pelbagai barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, dan produk makanan lain dijual dengan harga lebih rendah berbanding pasaran, bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Program ini juga diadakan di lokasi-lokasi strategik sekitar PPR bagi memastikan akses yang mudah kepada penduduk Wilayah Persekutuan. Dengan adanya MyGrocer@Wilayah, YWP berharap dapat membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan memastikan mereka mendapat barangan keperluan harian dengan lebih mudah dan murah.