Pusat Pemerkasaan Pendidikan dan Komuniti (PREPKOM) telah memperkenalkan kelas mengaji Al-Quran untuk dewasa dan kanak-kanak di PPR/PA Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kelas ini diadakan dua kali seminggu untuk setiap sesi dewasa dan kanak-kanak, dan diberikan secara percuma kepada penduduk setempat.
Tenaga pengajar adalah mereka yang bertauliah dan memiliki sijil yang sah.
Semua bahan bacaan dan kemudahan disediakan serta diselia oleh penyelia PREPKOM. Bayaran untuk tenaga pengajar adalah RM50 bagi setiap sesi.