Bantuan bencana ini merupakan bantuan awal yang di berikan dalam bentuk Bakul Makanan atau tunai yang disampaikan semasa atau selepas kejadian bencana.
Bantuan yang disampaikan berbentuk one-off (tunai) bernilai RM 500 bagi 1 (satu) penerima (keluarga).
Selain itu, bantuan berbentuk barangan bantuan asas atau di kenali sebagai Bakul Makanan yang terdiri daripada alatan mandian, toto/tilam, bantal, selimut, makanan asas kering atau ringan yang bersesuaian.